Thursday, March 31, 2011

Bola Jaring

 Pelajar dikenalkan peraturan dan teknik pertandingan bola jaring.
 Teknik asas yang penting dalam pertandingan adalah menjaringkan gol
 Biasanya pemain yang mampu menjaringkan gol mempunyai daya tumpuan yang baik. Untuk meningkatkan lagi daya berkenaan, latihan dan kekerapan melakukan jaringan hendaklah ditambah.

Monday, March 28, 2011

Ujian Segak Tahun 4 hingga 6

 Untuk menilai daya tahan kardiovaskular
 Untuk menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu
 Untuk menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen
Untuk menguji fleksibiliti belakang badan, paha dan sendi pingul.

Secara keseluruhan ujian-ujian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengukur dan mengenalpasti keupayaan dan tahap kecergasan setiap pelajar selepas menjalankan aktiviti pembelajaran pendidikan jasmani yang teratur dan disarankan dalam P& P. Disamping itu juga guru boleh mengenalpasti murid yang mempunyai masalah kesihatan serta kelemahan anggota badan murid berkenaan. Contohnya murid yang mengalami masalah berat badan berlebihan atau kekurangan berat badan mampu mengatasi masalah mereka dengan bimbingan guru untuk mengelakkan risiko yang lebih besar apabila dewasa.

Saturday, March 26, 2011

Mesyuarat PIBG 2011

Atas YDP PIBG ( En Misni Bin Asran ) bawah perasmi ( Datuk Hj Ahmad Zahri Bin Jamil Adun Seri Medan ) maklumat lanjut klik serisejati.blogspot.com

Monday, March 21, 2011

Bola Baling Bawah 12 Tahun ( Zon Parit Sulong )

 Aktiviti :Pertandingan Bola Baling Bawah 12 Tahun Zon Parit Sulong 2011
Tarikh : 21 Mac 2011   Hari : Isnin
Masa : 08.00 pagi hingga 06.30 petang
Bertempat : Padang SK Seri Sejati
Jumlah Penyertaan : 10 Pasukan lelaki & 9 Pasukan perempuan
 Keputusan Akhir : Lelaki
Johan : SK Seri Chantik
N. Johan : SK Seri Medan
Ketiga : SK Parit Sulong
Keempat : SK Tenaga Setia
 Keputusan Perempuan
Johan : SK Tenaga Setia
Pertandingan dikelolakan oleh SK Tenaga Setia yang di ketuai oleh En Azizan & En Annam.

  Tahniah kepada semua sekolah yang terlibat kerana menjayakan pertandingan ini. Kepada pemain-pemain yangb terpaksa mengharungi cabaran panas dan hujan lebat pada sebelah petang, sememangnya ia memberi pengalaman kepada mereka untuk menjadi insan yang tabah dan berani.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.



Wednesday, March 9, 2011

Pelajar Tahun 4, aktiviti yang dijalankan:
1. Memahami dan menguasai teknik melompat satu kaki dan mendarat dua kaki dengan betul dan selamat.
2.Menguasai dan memahami peraturan dalam acara lompat jauh
3. Mengetahui cara untuk mengelakkan kecederaan semasa menjalankan aktiviti lompatan.