Wednesday, July 27, 2011

Pelaksanaan 1 murid 1 sukan

  Demi mencapai matlamat KPM ( 1 murid 1 sukan ) pihak sekolah telah menyediakan dan melengkapkan zon atau sudut untuk pelajar SK Seri Sejati mengembangkan lagi kemahiran dalam permainan tertentu. Di mana setiap sudut atau zon permainan ini akan di pantau dan diselenggara oleh pelajar yang telah diberikan latihan awal untuk membimbing pelajar lain dalam setiap permainan yang terpilih. Setiap permainan yang terpilih di jalankan pada waktu rehat.
 Permainan pertama yang terpilih dalam projek pembangunan sukan SK Seri Sejati ialah Bola Sepak. Dalam permainan ini pelajar dibenarkan bermain pada waktu rehat selama 15 minit sahaja. Di mana 5 minit untuk latihan kemahiran yang ditetapkan dan 10 minit untuk permainan kecil.
  Permainan kedua ialah Bola Jaring.
 Permainan ke-3 iaitu permainan Boling ( asas )
 Permainan ke-4 iaitu ping pong yang dijalankan di dalam bilik sukan.
 Permainan ke-5 ialah Sepak Takraw.

Selain itu terdapat permainan lain yang sedang dibangunkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah secara berperingkat antaranya permainan Badminton, Pentang, Boling Padang dan Dart. Penyediaan zon dan tempat permainan ini dijalankan secara berperingkat kerana kekurangan peralatan ( terhad ) dan kawasan atau lokasi yang sesuai tidak tersedia.

Namun begitu pihak pengurusan sekolah mengucapkan tahniah kepada guru dan staf kerana berusaha menyediakan zon dan tempat pelajar menjalankan aktiviti kesukanan sepanjang tahun. Kepada para pelajar diharapkan dapat menggunakan dan menyelenggara alatan dan tempat dengan baik.