Tuesday, November 1, 2011

SUKAN TAHUNAN 2011 ( 4 )

Rakaman sekitar kejohanan
 En Mazlan melepaskan lelah setelah penat memotong rumput dan menyiapkan lorong balapan. Terima kasih
 Tn Haji Sarkawi... Ketua Guru Rumah Sukan Gamma yang hebat... sentiasa memberi dorongan kepada ahli rumah sukan. Lima bintang untuk cikgu
 Pak Sahom... orang kuat sekolah yang bertanggungjawab menyediakan minuman dan menyelaras makan pelajar sepanjang 3 hari kejohanan. Terima kasih Pak Sahom...
 Cikgu Zainuddin yang bertanggungjawab menyediakan astaka upacara perasmian... terima kasih cikgu.. walaupun idea dan arahan serta merta boleh siapkan.
 Tn Haji Zaki.. paling bergaya...
 Masih menunggu...
 Jamuan kepada semua guru dan pegawai yang disiapkan oleh Pn Zaharah dan guru perempuan selepas penat bertugas di padang... Menunya .... Nasi Ambang
Terima kasih Pn Zarah....

 Keputusan Akhir Kejohanan
Johan = Gamma
Kedua = Beta
Ketiga = Alpha
 Aksi rumah Beta
Bakal atlit negara insyaAllah.... 
Dari kanan ( Hazwan - Olahragawan , Izuddin - Tunas Olahragawan, Liyana - Olahragawati dan Syikin - Tunas Olahragawati )
Tahniah kepada semua yang menerima dan memenangi hadiah sepanjang kejohanan.

SUKAN TAHUNAN 2011 ( 3 )

Tarikh : 20 Oktober 2011
 Perbarisan lintas hormat
 En Misni ( YDP PIBG ) dan Pn Guru Besar ( Pn Patimah ) menerima tabik hormat dari peserta perbarisan
 Upacara melafaz ikrar kejohanan yang diketuai oleh Mohd Zikri diiringi ketua rumah sukan yang membawa bendera rumah sukan.
 Upacara menaikkan bendera kejohanan yang dilakukan oleh adik Burhanuddin
 Ucapan aluan oleh Pn Patimah binti Solong ( Pn Guru Besar )
 Ucapan Perasmian oleh En Misni ( YDP PIBG ) merangkap ketua kampung Parit Basri. Terima kasih kerana sudi hadir di Kejohanan Sukan Tahunan ini.
 Acara akhir 100 meter dan 200 meter
 Acara pelajar PRA Sekolah ( isi air dalam botol )
 Upacara penutup ( penyampaian hadiah )
 GPK-1 ( En Harun ) menyampaikan hadiah
 PN Kasiyam ( AJK PIBG ) terima kasih Puan

GPK- Hem ( Tn Haji Zaki )

SUKAN TAHUNAN 2011 ( 2 )

Tarikh : 19 Oktober 2011
Lokasi : SK Seri Sejati
 Sukantara ( acara Lompat Tinggi & Lompat Jauh ) untuk semua pelajar
 Akhir Lompat Tinggi dan Lompat Jauh ( bawah 12 & bawah 10 )
Acara Akhir lompat tinggi akhir ( perempuan bawah 12 )
 Latihan Perbarisan untuk acara perasmian. Aktiviti diselaras oleh En Emran Bin Sarif
 Guru yang bertanggungjawab kepada rumah sukan masing-masing sedang memerhati murid melakukan latihan perbarisan. Agak2 apa nak buat esok?????

Latihan lintas hormat

SUKAN TAHUNAN 2011 ( 1 )

 SU Sukan ( En Fahmi ) sedang mengetuai kerja-kerja  persediaan awal untuk acara padang. ( Lompat Jauh )
 Beliau yang dibantu oleh En Zainuddin dan Haji Yahya ( pekerja am ) bertungkus lumus menyiapkan papan lonjakan yang telah reput.
 Suasana latihan rumah sukan untuk acara padang
 Latihan rumah sukan ( Gamma ) dalam acara lompat tinggi. Kelihatan En Harun ( GPK-1 ) memantau perjalanan aktiviti.
 Acara ( Pertandingan Merentas Desa ) yang di adakan pada 18 Okt 2011. Kelihatan pegawai pewlepas ( En Zulkarnain ) melepaskan peserta mengikut kelas.
 Sabar... sabar... agaknya yang di ucapkan oleh Puan Guru Besar ( Pn Patimah ) kepada peserta yang ingin menyerahkan hasil kedudukan masing-masing. Pegawai pencatat ( Pn Raziah & Pn Nazmiah)  sibuk memasukkan nama peserta yang berjaya memperolehi mata selepas berlari lebih 3 km.
SU Sukan ( pengadil penamat ) menyerahkan no kedudukan kepada peserta yang telah menghabiskan larian.

Wednesday, July 27, 2011

Pelaksanaan 1 murid 1 sukan

  Demi mencapai matlamat KPM ( 1 murid 1 sukan ) pihak sekolah telah menyediakan dan melengkapkan zon atau sudut untuk pelajar SK Seri Sejati mengembangkan lagi kemahiran dalam permainan tertentu. Di mana setiap sudut atau zon permainan ini akan di pantau dan diselenggara oleh pelajar yang telah diberikan latihan awal untuk membimbing pelajar lain dalam setiap permainan yang terpilih. Setiap permainan yang terpilih di jalankan pada waktu rehat.
 Permainan pertama yang terpilih dalam projek pembangunan sukan SK Seri Sejati ialah Bola Sepak. Dalam permainan ini pelajar dibenarkan bermain pada waktu rehat selama 15 minit sahaja. Di mana 5 minit untuk latihan kemahiran yang ditetapkan dan 10 minit untuk permainan kecil.
  Permainan kedua ialah Bola Jaring.
 Permainan ke-3 iaitu permainan Boling ( asas )
 Permainan ke-4 iaitu ping pong yang dijalankan di dalam bilik sukan.
 Permainan ke-5 ialah Sepak Takraw.

Selain itu terdapat permainan lain yang sedang dibangunkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah secara berperingkat antaranya permainan Badminton, Pentang, Boling Padang dan Dart. Penyediaan zon dan tempat permainan ini dijalankan secara berperingkat kerana kekurangan peralatan ( terhad ) dan kawasan atau lokasi yang sesuai tidak tersedia.

Namun begitu pihak pengurusan sekolah mengucapkan tahniah kepada guru dan staf kerana berusaha menyediakan zon dan tempat pelajar menjalankan aktiviti kesukanan sepanjang tahun. Kepada para pelajar diharapkan dapat menggunakan dan menyelenggara alatan dan tempat dengan baik.



Tuesday, May 17, 2011

Sepak Takraw 4 ever

 Beginilah pemandangan apabila waktu Pagi sebelum masuk kelas... pelajar-pelajar berebut datang ke sekolah untuk bermain sepak takraw...
Begitu juga pada waktu rehat... tak kira panas sepak takraw juga yang mereka cari... Apapun tahniah kepada guru penyelaras permainan Sepak Takraw Tuan Haji Sarkawi dan En Sapian kerana alternatif dan kawalan mereka dapat melahirkan pemain yang berkualiti di SKSS. Tahniah...