Sunday, April 24, 2011

Keputusan Kejohanan Sepak Takraw Zon Parit Sulong

Tahniah kepada kotinjen sekolah SK Seri Sejati yang menyertai pertandingan Sepak Takraw Zon Parit Sulong kerana kejayaan merangkul Johan dan Naib Johan di dalam pertandingan tersebut. Taniah dan terima kasih kepada Tuan Haji Sarkawi dan En Sapian kerana menjadi jurulatih kepada pasukan sekolah.

Serba sedikit tentang penyertaan... SK Seri Sejati telah menghantar 3 pasukan ( regu ) yang terdiri dari 12 pelajar tahun 6 dan 5. Dua regu telah melepasi hingga ke pertandingan akhir dan satu regu lagi hanya melepasi peringkat kumpulan sahaja.

Tahniah dan terima kasih kepada pelajar2 yang mewakili sekolah.

Sunday, April 3, 2011

Latihan Pasukan Sepak Takraw

 Diadakan pada 02 April 2011, Hari Sabtu, Masa 08.00 pagi hingga 10.30 pagi,
 Jurulatih : Tuan Haji Sarkawi dan En Sapian
  Tahniah kepada pelajar yang terpilih... semoga dapat mengekalkan rekod tahun lalu ( Johan )

Latihan Pasukan Bola Jaring

 Tarikh : 02 April 2011, Hari Sabtu, bertempat di Padang SK Seri Sejati, Masa 08.00 pagi hingga 10.00 pagi
 Sasaran : Pelajar tahun 4 hingga 6 ( perempuan ). Kehadiran lebih 30 pelajar hadir dalam perjumpaan pertama.
 Jurulatih : ????? takde... nasib baik ader bekas pelajar  ( 2 orang ) hadir membantu... Terima kasih yang teramat sangat kepada pelajar berkenaan... nama terlupa nak tanya... lain kali datang lagi yer...

Aktiviti yang dijalankan ialah
1. Menghantar bola, 2. Menjaring 3. Perlawanan kecil.
Kesimpulan... nya.... tiada jurulatih khas untuk membentuk pasukan bola jaring sekolah, hasil dari temubual dan pemerhatian... semua pelajar tidak tahu peraturan dan undang-undang permainan. Terlalu banyak yang perlu dibangunkan untuk pasukan ini... Kepada sesiapa yang ingin mencurah bakti diminta menghubungi pihak sekolah untuk menjadi jurulatih ( Khidmat bakti ). Bekas pelajar dialu-alukan....