Tuesday, November 1, 2011

SUKAN TAHUNAN 2011 ( 1 )

 SU Sukan ( En Fahmi ) sedang mengetuai kerja-kerja  persediaan awal untuk acara padang. ( Lompat Jauh )
 Beliau yang dibantu oleh En Zainuddin dan Haji Yahya ( pekerja am ) bertungkus lumus menyiapkan papan lonjakan yang telah reput.
 Suasana latihan rumah sukan untuk acara padang
 Latihan rumah sukan ( Gamma ) dalam acara lompat tinggi. Kelihatan En Harun ( GPK-1 ) memantau perjalanan aktiviti.
 Acara ( Pertandingan Merentas Desa ) yang di adakan pada 18 Okt 2011. Kelihatan pegawai pewlepas ( En Zulkarnain ) melepaskan peserta mengikut kelas.
 Sabar... sabar... agaknya yang di ucapkan oleh Puan Guru Besar ( Pn Patimah ) kepada peserta yang ingin menyerahkan hasil kedudukan masing-masing. Pegawai pencatat ( Pn Raziah & Pn Nazmiah)  sibuk memasukkan nama peserta yang berjaya memperolehi mata selepas berlari lebih 3 km.
SU Sukan ( pengadil penamat ) menyerahkan no kedudukan kepada peserta yang telah menghabiskan larian.

No comments:

Post a Comment